Apa itu Program NILAM?
‘NILAM’
atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti
galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan
yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang
berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah
mereka tamat persekolahan.
Program
ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk
membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah
urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program
ini.
Program
ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan
Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat
Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina
Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Apakah Rasional Program NILAM Dilaksanakan?
Suatu
tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan
budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat
ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah
melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau
bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang
dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran perlu mencari pendekatan baru
bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat
dijalankan secara berkesan.
::. Matlamat Program NILAM .::
Matlamat
Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.
::.
Objektif Program NILAM .::
•
Menjadikan murid banyak membaca
•
Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai
tabiat membaca ini
Bilakah
Aktiviti Program NILAM Boleh Dilaksanakan?
Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas tamat waktu persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti membaca.
Waktu
lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran
kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu
Bahasa atau mata pelajaran lain.
Murid
juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan
mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku dan menulis ulasan buku.
0 comments:
Post a Comment